* Sertai kami! Hantar hasil gambar dan karya mewarna anda hari ini! *
Key Visual

Mengenai Kempen

Family We-Time Campaign 2025, yang dianjurkan oleh Consortium of Institutes on Family in the Asian Region (CIFA), telah ditaja oleh Jockey Club SMART Family-Link Project, dicetus dan dibiayai oleh Hong Kong Jockey Club Charities Trust.

Kami berasa teruja untuk menyatukan keluarga melalui ekspresi kreatif dalam kempen tahun ini. Para peserta dialu-alukan untuk menghantar gambar keluarga atau karya mewarna yang memfokuskan pada dua megatrend yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Teknologi Baharu dan Urbanisasi & Migrasi (Antara lainnya termasuklah Perubahan Iklim dan Perubahan Demografi).

Kempen ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai dua megatrend ini, menggalakkan keluarga untuk menghadapi dan menangani cabaran secara positif untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga. Tema-temanya mungkin merangkumi penggunaan teknologi baharu secara berkesan, rangkuman sosial dan membina rangkaian sosial. Hasil karya yang terpilih akan dipamerkan dalam bentuk kolaj kreatif di dalam Galeri Dalam Talian Family We-Time. Para peserta akan menerima e-sijil sebagai tanda penghargaan selepas penghantaran karya.

Maklumat
Penghantaran

Maklumat Utama

Kriteria Kelayakan

  • Berasaskan keluarga dengan 2 generasi atau lebih
  • Keluarga di Asia dialu-alukan untuk menyertai
  • Setiap individu boleh menghantar sehingga 5 hasil kerja

Tarikh Akhir Penghantaran

  • 14 September 2025, Ahad

Jenis-Jenis Penghantaran

  • Gambar keluarga dan / atau karya mewarna.

Yuran Pendaftaran

  • Percuma

Cara Menyertai

Untuk Mewarna:
  1. Pilih dan muat turun kertas warna yang telah disediakan dari laman web kami, cetaknya pada kertas bersaiz A4 (297 X 210 mm).
  2. Anda boleh menggunakan mana-mana alatan mewarna atau cat. Pewarnaan komputer atau pemprosesan tiga dimensi seperti pelekat, perada, kertas krep dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.
  3. Anda boleh menambah rekaan pada kertas warna yang disediakan untuk memperkayakan komposisi untuk mengekspresikan tema Teknologi Baharu atau Urbanisasi & Migrasi
Untuk Fotografi:
  1. Hasil kerja mestilah gambar digital asli. Sebarang perapian komputer termasuk penambahan, pemadaman atau pengubahan warna yang banyak tidak akan diterima.
  2. Gambar mestilah memenuhi tema Teknologi Baharu atau Urbanisasi & Migrasi.
Garis Panduan Penghantaran:
  1. Selepas pendaftaran, hantar gambar digital asli atau karya mewarna dalam format JPEG, JPG atau PNG melalui laman web kami.
  2. Bilangan penghantaran maksimum adalah sebanyak lima karya. Saiz maksimum fail untuk setiap gambar atau hasil mewarna yang dimuat naik untuk penghantaran adalah 10 MB.

Terma dan Syarat

  1. Semua hasil kerja mestilah dihantar di portal pendaftaran dalam talian "Family We-time". Hanya format fail elektronik JPEG, JPG atau PNG sahaja yang diterima. Sebaik sahaja dihantar, ia tidak boleh diubah suai, ditukar atau dipulangkan. Hasil kerja yang dihantar tidak boleh digunakan untuk sebarang pertandingan atau acara lain.
  2. Hasil kerja yang dihantar mestilah asli dan tidak melanggar hak pihak ketiga, termasuklah hak harta intelek, hak kerahsiaan atau hak privasi. Sesiapa yang melanggar peraturan ini akan tersingkir daripada penyertaan.
  3. Jika hasil kerja yang dihantar bercanggah dengan mana-mana perundangan, semua tanggungjawab undang-undang perlu ditanggung oleh peserta dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab.
  4. Para peserta dikehendaki memastikan bahawa hasil kerja yang dihantar tidak mengandungi mesej lucah, keganasan, negatif atau elemen komersial, keagamaan atau propaganda politik dan tidak mengandungi penyataan fitnah, tidak senonoh, menyinggung perasaan, salah faham kaum atau isu diskriminasi.
  5. Para peserta tidak dibenarkan menambah teks, simbol atau gambar yang boleh mewakili maklumat peribadi seperti tandatangan, sempadan, tera air dan sebagainya di dalam hasil kerja yang dihantar.
  6. Hak cipta semua hasil kerja yang dihantar menjadi milik penganjur. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menyaring hasil kerja yang dihantar dan menggunakannya untuk tujuan bukan komersial sahaja, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tujuan publisiti, pameran dan percetakan tanpa mendapatkan kebenaran peserta terlebih dahulu dan juga pembayaran sebarang yuran hak cipta dan tanggungjawab perundangan.
  7. Para peserta bersetuju untuk memberikan data peribadi untuk tujuan perhubungan dan penyebaran maklumat acara oleh penganjur. Sekiranya peserta memohon penganjur untuk memadam data peribadi mereka selepas acara berlangsung, mereka perlu memaklumkan penganjur melalui e-mel.
  8. Hasil daripada karya yang dipilih menjadi kolaj kreatif adalah tertakluk kepada keputusan penganjur dan peserta tidak boleh membantahnya. Keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
  9. Para peserta mesti memahami peraturan acara dengan jelas dan dengan menghantar hasil kerja, mereka bersetuju untuk mematuhi dan menerima semua terma dan syarat acara ini. Peserta mesti menanggung semua risiko dan bertanggungjawab atas keselamatan diri mereka sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengannya atau ketika berlangsungnya acara.
  10. Pihak penganjur mempunyai hak atas interpretasi akhir dan semakan terma dan syarat ini.