Mengenai Kempen
Family We-Time Campaign 2025, yang dianjurkan oleh Consortium of Institutes on Family in the Asian Region (CIFA), telah ditaja oleh Jockey Club SMART Family-Link Project, dicetus dan dibiayai oleh Hong Kong Jockey Club Charities Trust.
Kami berasa teruja untuk menyatukan keluarga melalui ekspresi kreatif dalam kempen tahun ini. Para peserta dialu-alukan untuk menghantar gambar keluarga atau karya mewarna yang memfokuskan pada dua megatrend yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Teknologi Baharu dan Urbanisasi & Migrasi (Antara lainnya termasuklah Perubahan Iklim dan Perubahan Demografi).
Kempen ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai dua megatrend ini, menggalakkan keluarga untuk menghadapi dan menangani cabaran secara positif untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga. Tema-temanya mungkin merangkumi penggunaan teknologi baharu secara berkesan, rangkuman sosial dan membina rangkaian sosial. Hasil karya yang terpilih akan dipamerkan dalam bentuk kolaj kreatif di dalam Galeri Dalam Talian Family We-Time. Para peserta akan menerima e-sijil sebagai tanda penghargaan selepas penghantaran karya.

Maklumat
Penghantaran
Maklumat Utama
Kriteria Kelayakan
- Berasaskan keluarga dengan 2 generasi atau lebih
- Keluarga di Asia dialu-alukan untuk menyertai
- Setiap individu boleh menghantar sehingga 5 hasil kerja
Tarikh Akhir Penghantaran
- 14 September 2025, Ahad
Jenis-Jenis Penghantaran
- Gambar keluarga dan / atau karya mewarna.
Yuran Pendaftaran
- Percuma
Cara Menyertai
Untuk Mewarna:
- Pilih dan muat turun kertas warna yang telah disediakan dari laman web kami, cetaknya pada kertas bersaiz A4 (297 X 210 mm).
- Anda boleh menggunakan mana-mana alatan mewarna atau cat. Pewarnaan komputer atau pemprosesan tiga dimensi seperti pelekat, perada, kertas krep dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.
- Anda boleh menambah rekaan pada kertas warna yang disediakan untuk memperkayakan komposisi untuk mengekspresikan tema Teknologi Baharu atau Urbanisasi & Migrasi
Untuk Fotografi:
- Hasil kerja mestilah gambar digital asli. Sebarang perapian komputer termasuk penambahan, pemadaman atau pengubahan warna yang banyak tidak akan diterima.
- Gambar mestilah memenuhi tema Teknologi Baharu atau Urbanisasi & Migrasi.
Garis Panduan Penghantaran:
- Selepas pendaftaran, hantar gambar digital asli atau karya mewarna dalam format JPEG, JPG atau PNG melalui laman web kami.
- Bilangan penghantaran maksimum adalah sebanyak lima karya. Saiz maksimum fail untuk setiap gambar atau hasil mewarna yang dimuat naik untuk penghantaran adalah 10 MB.
Terma dan Syarat
- Semua hasil kerja mestilah dihantar di portal pendaftaran dalam talian "Family We-time". Hanya format fail elektronik JPEG, JPG atau PNG sahaja yang diterima. Sebaik sahaja dihantar, ia tidak boleh diubah suai, ditukar atau dipulangkan. Hasil kerja yang dihantar tidak boleh digunakan untuk sebarang pertandingan atau acara lain.
- Hasil kerja yang dihantar mestilah asli dan tidak melanggar hak pihak ketiga, termasuklah hak harta intelek, hak kerahsiaan atau hak privasi. Sesiapa yang melanggar peraturan ini akan tersingkir daripada penyertaan.
- Jika hasil kerja yang dihantar bercanggah dengan mana-mana perundangan, semua tanggungjawab undang-undang perlu ditanggung oleh peserta dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab.
- Para peserta dikehendaki memastikan bahawa hasil kerja yang dihantar tidak mengandungi mesej lucah, keganasan, negatif atau elemen komersial, keagamaan atau propaganda politik dan tidak mengandungi penyataan fitnah, tidak senonoh, menyinggung perasaan, salah faham kaum atau isu diskriminasi.
- Para peserta tidak dibenarkan menambah teks, simbol atau gambar yang boleh mewakili maklumat peribadi seperti tandatangan, sempadan, tera air dan sebagainya di dalam hasil kerja yang dihantar.
- Hak cipta semua hasil kerja yang dihantar menjadi milik penganjur. Pihak penganjur mempunyai hak untuk menyaring hasil kerja yang dihantar dan menggunakannya untuk tujuan bukan komersial sahaja, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tujuan publisiti, pameran dan percetakan tanpa mendapatkan kebenaran peserta terlebih dahulu dan juga pembayaran sebarang yuran hak cipta dan tanggungjawab perundangan.
- Para peserta bersetuju untuk memberikan data peribadi untuk tujuan perhubungan dan penyebaran maklumat acara oleh penganjur. Sekiranya peserta memohon penganjur untuk memadam data peribadi mereka selepas acara berlangsung, mereka perlu memaklumkan penganjur melalui e-mel.
- Hasil daripada karya yang dipilih menjadi kolaj kreatif adalah tertakluk kepada keputusan penganjur dan peserta tidak boleh membantahnya. Keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
- Para peserta mesti memahami peraturan acara dengan jelas dan dengan menghantar hasil kerja, mereka bersetuju untuk mematuhi dan menerima semua terma dan syarat acara ini. Peserta mesti menanggung semua risiko dan bertanggungjawab atas keselamatan diri mereka sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau berkaitan dengannya atau ketika berlangsungnya acara.
- Pihak penganjur mempunyai hak atas interpretasi akhir dan semakan terma dan syarat ini.

The Jockey Club SMART Family-Link Project
The Hong Kong Jockey Club Charities Trust telah meluluskan sekitar HK$330 juta untuk memulakan "Jockey Club SMART Family-Link Project" (JCSFL). Dilancarkan pada 2018, projek ini adalah bertujuan untuk mengambil manfaat daripada teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih untuk menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan berinovasi yang disediakan oleh kesemua 26 Pusat Perkhidmatan Keluarga Berintegrasi dan Pusat Perkhidmatan Berintegrasi yang dikendalikan oleh NGO untuk mempromosikan kesejahteraan keluarga dan meningkatkan keupayaan sektor dalam penggunaan teknologi dan data untuk inovasi perkhidmatan keluarga yang boleh memberi tindak balas kepada sebarang keperluan perkhidmatan yang timbul.
Projek ini menjalankan usaha dalam pelbagai bidang dan kerjasama antara NGO dan ahli akademik untuk mempromosikan transformasi digital untuk sektor kebajikan. Komponen utamanya termasuklah memperkayakan fungsi i-Connect, membangunkan mod gabungan perkhidmatan, meningkatkan pembinaan keupayaan digital dan mengendalikan analisis data daripada data perkhidmatan oleh pelbagai NGO untuk transformasi dan pengayaan perkhidmatan.
Rakan kongsi projek ini termasuklah Universiti Hong Kong (Jabatan Sains Komputer, Kolej Kejururawatan dan Jabatan Kerja Sosial dan Pentadbiran Sosial); Universiti Baptist Hong Kong (Jabatan Kerja Sosial); Caritas - Hong Kong; Persatuan Kebajikan Keluarga Hong Kong; Perkhidmatan Kristian Hong Kong; Perkhidmatan Sosial Antarabangsa - Cawangan Hong Kong; Pusat Khidmat Keluarga Kristian; Majlis Penasihat Perkahwinan Katolik Hong Kong; Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Belia Hong Kong; Penempatan St. James; Kumpulan Hospital Tung Wah; Majlis Kebajikan Sheng Kung Hui Hong Kong dan Majlis Nasihat-Tindakan Kejiranan.
Untuk butiran lanjut, sila layari www.jcsmartfamilylink.hk.

The Hong Kong Jockey Club Charities Trust
The Hong Kong Jockey Club mempunyai tradisi yang panjang dalam aktiviti menderma untuk pelbagai tujuan amal sejak 1915 lagi, tetapi hanya pada 1950-an, ketika Hong Kong bergelut untuk menangani pembinaan semula negara selepas perang dan kemasukan besar para pendatang, barulah peranan ini menjadi keutamaan dalam operasinya. Pada tahun 1955, Kelab ini secara rasminya telah memutuskan untuk membelanjakan lebihan hasil tahunannya kepada badan amal dan projek komuniti dan pada 1959, satu syarikat berasingan, Hong Kong Jockey Club (Charities) Ltd, telah ditubuhkan untuk mentadbir wang sumbangan derma. Pada 1993, satu entiti baharu telah ditubuhkan, The Hong Kong Jockey Club Charities Trust, untuk mencerminkan lumrah, skala dan skop sumbangan derma yang sentiasa berubah. Badan Amanah ini menjadi salah satu daripada sepuluh penyumbang amal utama dunia.
Sumbangan besar Badan Amanah ini kepada komuniti telah dapat direalisasikan oleh model perniagaan berintegrasi Kelab yang unik, yang terdiri daripada hiburan lumba kuda dan balapan lumba kuda, kelab keahlian, loteri dan pertaruhan sukan yang bertanggungjawab, sumbangan amal dan komuniti. Kira-kira 90% daripada lebihan operasi tahunan selepas cukai milik Kelab telah didermakan kepada Badan Amanah, membolehkannya memainkan peranan penting dalam pembangunan komuniti.
Hasil kerjasama dengan Kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), yayasan badan amal dan rakan kongsi komuniti, Badan Amanah ini komited untuk menambah baik kualiti hidup penduduk Hong Kong. Sebagai sebuah organisasi dermawan, Badan Amanah ini secara proaktifnya telah mengenal pasti dan memulakan projek yang memenuhi keperluan komuniti dan sosial yang menekan.
Seiring dengan keperluan Hong Kong yang sentiasa meningkat, fokus strategik Badan Amanah selama tiga tahun untuk tahun 2022-5 terdiri daripada lima bidang utama - Penuaan Positif dan Penjagaan Warga Emas; Pembangunan Belia dan Pembasmian Kemiskinan; Komuniti Sihat; Pembangunan Bakat dan Sektor; serta Sukan Dan Kebudayaan. Untuk mengiktiraf kepentingan pembangunan mampan, Badan Amanah ini telah menjadikan Kemampanan sebagai aspek keutamaan pembiayaan yang keenam.

CIFA
CIFA telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat yang diperbadankan dengan liabiliti terhad dan organisasi bukan keuntungan di bawah undang-undang Hong Kong. Ia adalah sebuah organisasi bebas yang menyediakan platform serantau untuk tujuan rangkaian dan kerjasama antara organisasi dan ahli profesional yang berkongsi misi "Menyatukan Kebijaksanaan Profesional demi Kesejahteraan Keluarga." Fungsinya adalah untuk menyokong dan meningkatkan minat bersama dalam inisiatif penyelidikan dan latihan dan untuk berkongsi pengalaman klinikal dan merangka polisi untuk keluarga yang unik di rantau Asia.
Simposium Perasmian CIFA telah diadakan di Universiti Hong Kong pada 2008, diikuti dengan Simposium Serantau yang diadakan dua tahun sekali di Tokyo, Singapura, Shanghai, Seoul dan Taiwan, di mana masing-masing telah menarik purata lebih 400 orang peserta. Aktiviti utama yang lain termasuklah penyelidikan antara negara, aktiviti latihan, Anugerah Asia Untuk Memajukan Kesejahteraan Keluarga (Projek 3A), aktiviti promosi dan kutipan dana serta penyebaran maklumat melalui laman web dan surat berita CIFA-NET.
Selepas jalinan perhubungan antara CIFA dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2014, para perwakilan dari PBB telah menghadiri aktiviti-aktiviti CIFA sebanyak beberapa kali, termasuk Simposium Serantau pada 2016 di Korea, Program Pertukaran Projek 3A dan Konsert Amal Untuk Family Harmony pada 2017 dan Sidang Kemuncak Keluarga Asia pada 2018 di Hong Kong. CIFA seterusnya menerima pengiktirafan rasmi daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan penganugerahan Status Perundingan Khas pada 2021, meletakkan CIFA di pentas arena antarabangsa dan menjadi lebih terlibat dan menyumbang secara aktif dalam usaha global untuk meningkatkan kesejahteraan keluarga, terutamanya dari perspektif Asia, sebuah rantau yang telah menjadi semakin aktif dan penting dalam hal ehwal dunia.
CIFA juga turut terlibat secara aktif dalam menyelaras dan menganjurkan aktiviti di Asia demi menyahut seruan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memperingati Sambutan Ulang Tahun "International Year of the Family" yang ke-30, termasuklah antara lainnya Mesyuarat Kumpulan Pakar mengenai Perubahan Demografi dan Penuaan Penduduk di Asia, Family We-Time Campaign dan Sidang Kemuncak Keluarga Asia 2014, di mana ia menerima maklum balas yang sangat positif dan mendapat sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.cifa-net.org/

Penaja
Family We-time Campaign 2025, bersama-sama dengan program lain "Jockey Club Professional Development Initiatives on Family Services" yang dianjurkan oleh Consortium of Institutes on Family in the Asian Region (CIFA), telah ditaja oleh Jockey Club SMART Family-Link Project, yang telah dicetus dan dibiayai oleh The Hong Kong Jockey Club Charities Trust.